Friday, April 2, 2010

Kahwin Adalah Suatu Ibadah

Renungan bersama:

Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun beribadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Sabda Rasullullah SAW "tidak ada hidup membujang dalam Islam".

Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelasakan : "Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampui batas". Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi  dirinya. Hukum perkahwinan itu asalnya mudah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.Wajib bagi yang mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban  ini tidak akan terlaksana kecuali dengan berkahwin.

Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hidup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin.

Kahwin disunatkan bagi yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada membujang, kerana membujang tidak ada dalam syariat Islam.

Bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin.

Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk kahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan tersebut.

0 comments: