Friday, April 2, 2010

7 Perkara Tipu Daya Syaitan Agar Manusia Meninggalkan Ibadah

Assalamualaikum wbt

Tipu daya syaitan terhadap manusia agar meninggalkan
ibadah kepada Allah, terdapat 7 perkara :-

PERTAMA

Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan : "Aku mengharap pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekal di dunia ini demi akhirat yang kekal".

KEDUA

Syaitan senantiasa memujuk manusia agar tidak taat. "Nanti saja atau kelak sudah tua", ajaknya.

Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan : "Kematianku bukan berada di tanganmu. Jika aku menunda-nunda beramal hari ini atau esok. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan".

KETIGA

Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk cepat-cepat dan beramal dan mengerjakan kebaikan.
Kata syaitan : "Cepatlah beramal, agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan yang lain".

Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan : "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna".

KEEMPAT

Kemudian syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amal baik secara sempurna agar tidak dicela orang lain. Mereka dipelihara Allah akan mengatakan : "Bagi saya, penilaian cukup
hanya dari Allah. Dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia".

KELIMA

Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal, "Betapa tinggi darjatmu dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurna dirimu".

Mendengar pujian itu, orang baik akan mengatakan bahawa keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah-lah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal yang DIA redhai, dan memberikan pahala yang besar.
Sekiranya tanpa kurnia-Nya, apalah erti amalanku ini, dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah yang diberikan kepadaku. Disamping dosaku yang banyak pula.

KEENAM

Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerap cara nombor enam.Cara ini lebih hebat dibandingkan cara-cara terdahulu, dan manusia tidak akan sedar terhadapnya, kecuali orang-orang cerdik dan berfikir. Syaitan membisik hati manusia : "Bersungguh-sungguh engkau beramal dengan sendiri, jangan sampai diketahui orang lain. Sebab Allah jualah memberitahukan kepada orang lain bahawa engkau seorang hamba yang ikhlas".

Begitulah, syaitan mencampurbaurkan amalan seseorang dengan tipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud memasukkan sebahagian penyakit 'RIYA' ke dalam tubuh manusia. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan :
"Hai mal'un (yang dilaknat), tiada hentinya engkau menggodaku dan merosak amalanku dengan berbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal kau bermaksud untuk merosakkannya. Aku adalah hamba Allah,dan Allah yang menjadikanku.
Dan jika berkehendakkan, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dan jika menghendaki. Allah akan menjadikanku mulia dan hina. Semuanya adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia".

KETUJUH

Gagal dengan cara itu, syaitan akan menggoda manusia dengan cara lain. Ia mengatakan : "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sebab, jika Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari 'azali' kelak, maka meninggalkan ibadah
pun tidak menjadi mudarat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia. Dan sebaliknya, jika Allah menetapkanmu sebagai orang celaka, tidak guna engkau beribadah kerana engkau tetap celaka.

Orang-orang yang dipelihara Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan :
"Aku hanyalah hamba Allah.Wajib bagiku menuruti perintah-Nya. Allah Maha Mengetahui. Menetapkankan dan kehendak-Nya, dan berbuat apa saja sesuai dengan kehendak-Nya.Walau bagaimana keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku tetap beribadah guna memperbanyak pahala. Dan jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka. Aku juga akan tetap beribadah agar tidak menjadi penyesalan buatku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat. Itu aku lebih sukai daripada aku masuk neraka kerana berbuat maksiat".

Tetapi tidak akan demikian kenyataannya. Sebab janji Allah pasti terbukti dan firman-Nya pasti benar. Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa saja yang taat kepada-Nya. Barang siapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan neraka, melainkan syurga tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalannya. Melainkan kerana janji Allah yang pasti dan suci!!

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Sesungguhnya, taat kepada Allah sangat banyak godaan dan tipu daya syaitan guna menggagalkannya. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut, dan mohonlah pertolongan Allah agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya. Segala sesuatu berada di bawah kekuasaaan Allah, dan
kepada Allah-lah kita mengharap taufik dan keredahaan.

Tiada daya untuk meninggalkan maksiat
Dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat,
Kecuali dengan pertolongan Allah Yang Mahaluhur dan Maha Agung

Kahwin Adalah Suatu Ibadah

Renungan bersama:

Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun beribadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Sabda Rasullullah SAW "tidak ada hidup membujang dalam Islam".

Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelasakan : "Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampui batas". Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi  dirinya. Hukum perkahwinan itu asalnya mudah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.Wajib bagi yang mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban  ini tidak akan terlaksana kecuali dengan berkahwin.

Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hidup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin.

Kahwin disunatkan bagi yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada membujang, kerana membujang tidak ada dalam syariat Islam.

Bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin.

Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk kahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan tersebut.

Kehebatan Api Neraka Allah SWT

 Kehebatan Api Neraka

Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata : Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka" lalu seseorang bertanya : "Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab, "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa
di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari

Kesan Neraka Pada Dunia Kini

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah : Diriwayat oleh Abu Hurairah :

Rasulullah bersabda : "Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata : "Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain."  Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya
mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk." Riwayat Bukhari

Makanan Penduduk Neraka

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan walaupun ianya tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah SWT :

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." Al Ghasiyah 6-7

Minuman Ahli Neraka

1. Hamim (air yang mendidih)

Firman Allah:

"Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di
antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."

2. Ghassaq (nanah dan darah)

Firman Allah:

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." Al Haqqah : 35-37

3. Sadid (air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah : "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka)." Ibrahim 16

4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah :

"Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang
paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al Kahfi 29

Pakaian Ahli Neraka

1. Pakaian dari api

Firman Allah:

"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2. Pakaian dari Minyak Tar

Firman Allah:

"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50

Bahan Bakar Api Neraka

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan ingkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung-patung berhala. Firman Allah :

"Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." At Tahrim 6


Penduduk-Penduduk Neraka

Imran bin Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita." Riwayat Bukhari

Nama-Nama Neraka

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu :

1. Jahannam

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." An-Naba 21

2. Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" Al- Maarij 15-16

3. Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak, Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al Humazah 4-7

4. Sa'ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura ayat 7 yang bermaksud : Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka sa'ir.

5. Saqar

Firman Allah yang bermaksud : "Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6. Al-Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." Asy-Syura 91

7. Al-Hawiyah

"Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah, iaitu api yang sangat panas." Al- Qari'ah 8-11.

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

 Sila semak kesahihannya :

 Risalah tersebut berbunyi :  Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka  rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

 Nama syaitan :

 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)  sepatutnya DULILLAH
 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya   HI ROB
 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya   KI YAU
 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya   KA NAK
 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)  sepatutnya   KA NAS

 SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA  dua harakat, MIN .... 4 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.

 Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

 Perhatian:

 Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya.

Thursday, April 1, 2010

Tip Untuk Wanita Solehah

Assalammualaikum.

Disini ada Tips Untuk Wanita Solehah yangg dipetik dari majalah minda Masjid
Jamek untuk direnungkan bersama dan semoga ianya dapat dijadikan pengajaran dan
pedoman.

Nasihat Dihari Pernikahan

Nasihat Seorang Bapa :

Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib berpesan kepada anaknya dihari pernikahan anaknya :
"Anakku, berhati-hatilah engkau, jangan bersifat cemburu kerana cemburu itu adalah kunci penceraian. Berhati-hatilah engkau jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu
kerana menegur itu menimbulkan kebencian. Sentiasalah memakai celak (penghitam
alis mata) kerana celak itu sebaik-baik perhiasan. Pesanan Seorang Ibu Kepada Anak Gadisnya. Amru bin Hujru (Raja Kindah) berkahwin dengan Ummu Iyyas binti Auf bin
Muhallam As Syaibani. Sebelum berlangsungnya perkahwinan itu, ibu Ummu Iyyas masuk
bertemu anaknya dan berpesan : "Anakku, jagalah baik-baik sepuluh perkara, kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumahtangga."

1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan serta memberikan kepuasan kepadanya.

2.Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampaisuamimu itu melihat sesuatu yg buruk padamu.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau, kecuali bau yg paling sedap dan nyaman

5. Awasilah suamimu waktu tidurnya jangan sampai terganggu kerana menggangu orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan

6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan kemarahan.

7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya.

8. Jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu-pembantu
    rumahtangga suamimu.

9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana hal itu akan menyedihkan hatinya.

10.Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya. Kemudian berhati-hatilah engkau jangan
sampai engkau gembira dihadapannya padahal ia dalam keadaan sedih. Sebaliknya jangan engkau bersedih dihadapannya di kala ia sedang bergembira.

Asthma binti Khariyah Fazari telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu : "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali, itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan jadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauihilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Jangan biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja padamu.

Petikan di muka surat 8, Minda Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur :

Semoga ianya dapat kita jadikan pedoman dalam hidup kita seharian tidak kira bagi mereka yang sudah berkeluarga ataupun belum.

4 Ibu Utama

 Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :

 1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
 4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

 Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

 Beberapa kata renungan dari Qur'an :

 Orang yang tidak melakukan sholat pada :

 Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
 Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
 Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
 Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
 Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

 Al-Quran : Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Sebab-Sebab Mudah Menghafaz Al-Qur'an

1. Niat yang ikhlas.
2. Berdoa bersungguh-sunguh.
3. Istighfar dan tinggalkan maksiat
4. Sabar dan azam yang kuat.
5. Meluangkan dan menentukan masa untuk menghafaz.
6. Tidak sibuk dengan hal dunia.
7. Susun wirid harian untuk menghafaz.
8. Menghafaz mengikut jadual.
9. Menghafaz  di waktu pagi dan sentiasa membacanya.
10. Berkawan dengan ahli  quran dan orang yang mahir dalam  AL-Quran.
11. Banyakkan membaca Al-Quran.
12. Sentiasa menjaganya pada waktu solat
13. Membacanya pada solat  fardhu dan sunat.
14. Ulangkaji apa yang di hafaz secara berterusan.
15. Membacanya  di masjid  dan di majlis ilmu.
16. Membaca surah yang banyak kelebihannya.
17.Kuat dan perlahan bacaan mengikut keadaan pembaca.
18.Menulis dan betulkan yang salah.
19. Menjaga hafalan dan amalkannya apa yang dibaca dan dihafaz.
20. Mengetahui sebab turun dan tafsir ayat.
21. Iltizam dengan adab membawa Al-Quran.
22. Sentiasa menjaga wudhu’ sehingga mampu membacanya dengan mashaf pada bila-
     bila masa.
23. Mengajar kepada manusia.
24. Mengetahui kaedah bahasa.
25. Tidak mensia-siakan waktu.
26. Membaca rahsia penghafaz dan  ahli ibadah  dalam megamalkannya dan   
    Membacanya.
27. Mulakan dengan menghafaz surah yang pendek seperti juz  amma dan tabarak.
28. Mengharapkan doa dari orang yang soleh untuk memudahkan menghafaz quran.
29. Mengamalkan pelbagai cara menghafaz Al-Quran seperti membaca dan mendengar.

Adab-Adab Luaran untuk Pembaca Al-Qur'an

1. Disunatkan banyak membaca Al-Quran.
2. Disunatkan berwudhu’ untuk membacanya.
3. Disunatkan membaca di tempat yang bersih, lebih baik di masjid.
4. Disunatkan duduk mengadap kearah kiblat.
5. Disunatkan bersugi dengan bersih.
6. Sunat membaca اعوذ بالله  sebelum membaca.
7. Untuk menghafaz baca بسم الله الرحمن الرحيم pada awal surah kecuali surah Al-Taubah.
8. Disunatkan membaca dengan tertil.
9. Disunatkan membaca mengikut tertib mashaf.
10. Disunatkan jika memulakannya hendaklah sempurnakannya.
11. Disunatkan sujud ketika membaca ayat sajdah.
12. Disunatkan takbir (الله اكبر ) dari سورة الضحى - سورة الناس mengikut bacaan makki.
13. Membaca pada mashaf lebih baik daripada membaca secara hafaz kerana melihat pada mashaf adalah ibadah yang dituntut.
14. Disunatkan memperelokkan suara, sekiranya tidak elok suara perelokkannya sekadar yang mampu.
15. Disunatkan membaca dengan kuat.Jangan merendahkan suara seperti percakpan   wanita.
16. Disunatkan menangis ketika membaca Al-Quran dan buat-buat menangis jika tidak mampu menangis.
17. Sunat membaca secara perlahan dan harus membaca jelas.

Bagaimana Hendak Menghafaz Al-Qur'an

1. Perbanyakkan doa menghafaz Al-Quran.
2. Jangan campurkan antara bacaan dan hafazan.
3. Manusia menghafaz surah Al-Fatihah kerana mereka membacanya setiap hari.
4. Membaca tafsir ayat yang hendak dibaca.
5. Jadikan amalan harian.
6. Jangan mulakan amalan harian atau mingguan kecuali selepas membaca Al-Quran.
7. Sentiasa membaca pada mashaf yang sama.
8. Menjaga hafazan khasnya ketika solat sunat.
9. Sentiasa membaca pagi dan petang dan waktu tidur.
10. Jangan tinggalkan majlis ulama’ khasnya majlis Quran kecuali uzur.
11. Hendaklah berkawan dengan orang yang menolong kamu mengingati Allah.